Selamat Pagi Semua...
Hari ni masih lagi bercuti...cuti panjang tiga bulan...bosan juga duduk kat rumah lama-lama. Apa nak dibuat ye...bangun pagi-pagi sahur..hari ni puasa. Suami bersiap nak pergi keja...kejutkan anak laki suruh mandi pergi sekolah..
Mama tak dapat hantar abang lagi pergi sekolah sebab masih bercuti. Baby dan kakak masih lagi tidur.. Jadi abang tumpang la kereta jiran sebelah lagi...Sapa tu...emm panggil je papa Isyraf. Isyraf tu kawan abang.
Pagi-pagi ni anak masih tidur..jadi kemas rumah awal-awal, basuh pinggan, basuh kain, lipat pakaian yang setimbun tu...sapu lantai..dah siap.
Alahai teringat pula kat blog yang mula-mula buat ni. jadi ke tidak yer..tak tengok-tengok pun..maklumlah tidak kesempatan, banyak yang nak dilayan. Layan anak, suami pastu Facebook lagi.. Ambil masa sekejap jenguk blog ni.. Maklumlah masih belajar, nak bukak balik lupa dah cara-caranya...biasalah godek punya godek akhirnya boleh masuk. So, tambahlah cerita lebih kurang macam ni lah jadinya.
Rasanya cukup dulu untuk pagi ini. Ada masa tambah lagi..
Mama akan berceloteh sekiranya ada masa lapang untuk menjengah blog kesayangan mama ini.
10 Jun 2013
BLOG PERTAMA TERATAICHIKU
Selamat datang ke Blog Pertama Terataichiku
Alhamdullilah akhirnya pada mlm Rabu 15/5/2013 berjaya juga aku mencipta blog untuk puaskan hatiku. Ternyata senang sahaja. Tak sampai 15 minit pun, jengjengjeng terhasil sudah setelah buat research baca blog kawan-kawan yang teremere tu... terima kasih untuk blogger khaiangel yang banyak memberi info bermanfaat.
Ehemmm... selepas ini saya nak cuba touch up pulak...tak tau lah jadi ke tidak..kena rujuk pakar ni. Banyak yang kena belajar...baca macam-macam tip yang diperturunkan oleh sifu dalam blog masing-masing. Tapi tak tau bila tu nak cantikkan blog ni.
Bila dah ada blog ni bolehlah jadikan sebagai lapangan catatan harian hidupku ( itupun kalau sempat mengarang), meluahkan perasaan, kongsi suka duka kehidupanku, berkenalan dengan kawan-kawan alam maya, letakkan apa-apa yang difikirkan berfaedah dan boleh puaskan hati. Yalah semua ni kan sebagai pentas tarian kehidupan.
Akhirnya, dah siap taip cuba preview dulu sebelum publish nak tengok hasilnya...ntah kenapa tiba-tiba hilang salah tekan kat mana pun tak tau. Cuak juga rasanya takut hilang apa yang ditulis tu...nasib baik sebelum preview tadi save dulu..kalau tak jenuh la nak menaip balik..huhuhu... Godek punya godek akhirnya jumpalah apa yang ditaip ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)