10 Jun 2013

BLOG PERTAMA TERATAICHIKU

Selamat datang ke Blog Pertama Terataichiku

Alhamdullilah akhirnya pada mlm Rabu 15/5/2013 berjaya juga aku mencipta blog untuk puaskan hatiku. Ternyata senang sahaja. Tak sampai 15 minit pun, jengjengjeng terhasil sudah setelah buat research baca blog kawan-kawan yang teremere tu... terima kasih untuk blogger khaiangel yang banyak memberi info bermanfaat.
 
Ehemmm... selepas ini saya nak cuba touch up pulak...tak tau lah jadi ke tidak..kena rujuk pakar ni. Banyak yang kena belajar...baca macam-macam tip yang diperturunkan oleh sifu dalam blog masing-masing. Tapi tak tau bila tu nak cantikkan blog ni.

Bila dah ada blog ni bolehlah jadikan sebagai lapangan catatan harian hidupku ( itupun kalau sempat mengarang), meluahkan perasaan, kongsi suka duka kehidupanku, berkenalan dengan kawan-kawan alam maya, letakkan apa-apa yang difikirkan berfaedah dan boleh puaskan hati. Yalah semua ni kan sebagai pentas tarian kehidupan.

Akhirnya, dah siap taip cuba preview dulu sebelum publish nak tengok hasilnya...ntah kenapa tiba-tiba hilang salah tekan kat mana pun tak tau. Cuak juga rasanya takut hilang apa yang ditulis tu...nasib baik sebelum preview tadi save dulu..kalau tak jenuh la nak menaip balik..huhuhu... Godek punya godek akhirnya jumpalah apa yang ditaip ni.
 
 

No comments:

Post a Comment