10 Sept 2013

Hari Pertama UPSR

Kembali lagi teratai pada hari ini untuk menyambung cerita mengenai UPSR 2013. Hari ini tibalah tarikh keramat bagi calon-calon UPSR. Para guru risau, murid-murid gementar, ibu bapa resah gelisah...takut perkara yang tidak diingini berlaku...

Pagi-pagi lagi guru-guru berkumpul di kantin untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada anak didik...Ucapan dan nasihat tidak lekang daripada bibir-bibir munggil guru. Sempat lagi guru mata pelajaran BM memberi teguran dan tunjuk ajar kepada anak murid sebelum bertempur dengan soalan peperiksaan. Aaaaahhhhh...geram aku murid yang akan memusnahkan peratusan kecemerlangan mata pelajaran BM tahun ini turut hadir untuk menghadapi Ujian. Itu memang hak dia...tetapi bayangkanlah kalau tak boleh nak buat apa-apa...tak da maknanya dia datag.. tidur ajelah kerjanya nanti.huhuhuhu..

Calon-calon UPSR masuk ke dewan...jawablah dengan tenang wahai anak didikku...doaku sentiasa mengiringi kalian...

tatkala murid menjawab, aku dan seorang lagi guru sibuk membuat persediaan untuk Bahasa Melayu Penulisan.Maklumlah saat-saat akhir macam ni, macam-macamlah soalan yang dijangka keluar di terima melalui SMS, Whatsap dan bermacam sumber lagi...nak buat tak tau je, nantikan menyesal pulak...nak tak nak buat jugak lah...bina ayat dan karangan.

Sejam kemudian murid keluar dewan, selaku guru mata pelajaran, aku kutip kerta soalan...dah, tak payah fikir lagi, tumpukan untuk ujian sekejap lagi. kataku..Sambil makan dan minum murid membaca nota yang aku edarkan...bacalah anak, mana tau kalau-kalau ada masuk nanti.

Seterusnya murid masuk ke dewan ...jawablah dengan tenang untuk BM Penulisan, ingatlah apa yang cikgu ajar dan ingatlah wajah cikgu, pesanku..mulakan dengan doa,

Jam 11.25 pagi tamat sudah Ujian Bahasa Melayu...aap-harap 2A dalam genggaman. Kata muridku nota yang cikgu bagi tadi sekan-akan. Alhamdulillah. Karangan pun senang, yang cikgu dah ajar semuanya. Alhamdulillah. Tapi adakah murid-muridku dapat jawab sebaik-baiknya. Susunan ayat macam mana? InsyaAllah kamu semua dapat buat dengan baik...

Hari ini Ujian BM Kefahaman, BM Penulisan dan Matematik Kertas 1

Bersambung

6 Sept 2013

UPSR BAKAL TIBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

UPSR 2013 bakal tiba tidak lama lagi...hati siapa tak kecut, hati siapa tak risau...bimbang, teruja????gemuruh...pening, gementar??? huhuhu ...siapa yang sepatutnya perlu merasai kesemuanya itu ? calon UPSR, anak-anak murid UPSR, ibu bapa, guru-guru, guru mata pelajaran, Guru Besar, pihak PPD, Kementeria Pelajaran Malaysia atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam pendidikan.

Bagi tuan empunya badan macam mana pula? selamba badak aje ke? entah lah tak rasa apa-apa pun atau pun biasa je..itulah antara jawapan apabila ditanya. Ada juga sesetengah murid yang bijak pandai, mereka akan jawab...''takut lah cikgu, takut tak dapat jawab". Jadi, cikgu pula cubalah sedaya upaya  membimbing, membantu dan memberi nasihat serta kata-kata perangsang kepada murid-murid tersebut supaya tidak gerun dan gementar menghadapi semuanya itu. Apa yang pasti mestilah tekun dan rajin berusaha. Kemudia tawakal dan berserah kepada Yang Maha Esa.

Hari demi hari ujian, latih tubi, tunjuk ajar berkumpulan, anak angkat, bapa angkat emak angkat sibuk memberi bantuan didikan kepada anak anagkat...semuanya untuk persediaan UPSR. Murid mengantuk, malas, bermain, berbual semuanya diberi tumpuan.. Leteran demi leteran berupa nasihat tidak lekang dari bibir cikgu-cikgu. Tujuannya satu, iaitu mahu beri kesedaran bagi menghadapi UPSR pada 10 - 12/8/2013 nanti.

Kita tunggulah ketibaan hari tersebut dan sama-samalah menyaksikan kesudahannya sama ada kegembiraan atau kesedihan murid-murid menghadapi UPSR.....

Cerita UPSR akan bersambung episode seterusnya...