6 Sept 2013

UPSR BAKAL TIBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

UPSR 2013 bakal tiba tidak lama lagi...hati siapa tak kecut, hati siapa tak risau...bimbang, teruja????gemuruh...pening, gementar??? huhuhu ...siapa yang sepatutnya perlu merasai kesemuanya itu ? calon UPSR, anak-anak murid UPSR, ibu bapa, guru-guru, guru mata pelajaran, Guru Besar, pihak PPD, Kementeria Pelajaran Malaysia atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam pendidikan.

Bagi tuan empunya badan macam mana pula? selamba badak aje ke? entah lah tak rasa apa-apa pun atau pun biasa je..itulah antara jawapan apabila ditanya. Ada juga sesetengah murid yang bijak pandai, mereka akan jawab...''takut lah cikgu, takut tak dapat jawab". Jadi, cikgu pula cubalah sedaya upaya  membimbing, membantu dan memberi nasihat serta kata-kata perangsang kepada murid-murid tersebut supaya tidak gerun dan gementar menghadapi semuanya itu. Apa yang pasti mestilah tekun dan rajin berusaha. Kemudia tawakal dan berserah kepada Yang Maha Esa.

Hari demi hari ujian, latih tubi, tunjuk ajar berkumpulan, anak angkat, bapa angkat emak angkat sibuk memberi bantuan didikan kepada anak anagkat...semuanya untuk persediaan UPSR. Murid mengantuk, malas, bermain, berbual semuanya diberi tumpuan.. Leteran demi leteran berupa nasihat tidak lekang dari bibir cikgu-cikgu. Tujuannya satu, iaitu mahu beri kesedaran bagi menghadapi UPSR pada 10 - 12/8/2013 nanti.

Kita tunggulah ketibaan hari tersebut dan sama-samalah menyaksikan kesudahannya sama ada kegembiraan atau kesedihan murid-murid menghadapi UPSR.....

Cerita UPSR akan bersambung episode seterusnya...

No comments:

Post a Comment